Tunggu! kemunculan website group kami! 'www.shamelin.revolusi.com'

Followers

sila tinggal tapak kasut anda!

Hotel Recommended (Horizontally)

Friday 8 April 2011

Apakah Impian Anda?

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Bagaimana anda boleh membongkar impian sebenar anda dalam kehidupan ini?
Adakah anda telah membuat keputusan untuk memulakan perniagaan ?
Mungkin anda mempunyai idea yang bernas, dan anda sedang memikirkan
samada idea itu berdaya maju atau tidak. Walau siapa pun anda sekarang
atau anda berada dalam situasi apa pun, anda berhak untuk impikan
sesuatu yang besar dalam kehidupan. Sesuatu itu ialah impian anda
yang 
anda akan berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan.



Impian sebenar saya bermula dua tahun selepas itu.

Cuba fikirkan kata-kata ini ” Anda boleh goyang kaki untuk merasa
seperti menjadi orang kaya, tetapi anda tidak boleh goyang kaki
untuk menjadi kaya ”. Impian tidak sama dengan angan-angan atau khayalan.
Berapa banyak lagi masa anda perlukan untuk goyang kaki sahaja?

Terdapat banyak buku-buku yang ditulis, seminar-seminar yang diadakan,
kursus-kursus yang ditawarkan untuk membantu kita belajar menjadi
seorang 
usahawan yang berjaya. Mereka mengajar kemahiran-kemahiran,
teknik-teknik, model-model perniagaan, tip-tip dan rahsia-rahsia tertentu.

Saya yakin anda pernah terbabit dalam sekurang-kurangnya satu
perkara yang saya sebut di atas. Pada awalnya semangat anda
berkobar-kobar, tetapi lama-kelamaan semangat anda semakin menurun
dan akhirnya hilang terus. Perkara sebegini adalah lumrah dalam
kehidupan manusia. 


No comments:

Post a Comment