Tunggu! kemunculan website group kami! 'www.shamelin.revolusi.com'

Followers

sila tinggal tapak kasut anda!

Hotel Recommended (Horizontally)

Saturday 9 April 2011

Mari Memburu Impian!

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Statistik menunjukkan 80-90% perniagaan baru gagal. Gagal bermaksud
perniagaan tersebut ditutup selepas dua tahun beroperasi. Statistik
ini merangkumi syarikat-syarikat baru dan juga produk-produk baru.

Walau pun statistik ini berbeza untuk industri dan kategori produk
yang berlainan, namun secara faktanya, kebanyakkan perniagaan dan
produk baru gagal. Kenapa ya?

Anda takut dengan statistik ini? Tidak perlu takut kerana masih
ada 10-20% peluang untuk berjaya. Anda boleh berada di dalam peratusan ini.

Salah satu punca kegagalan ialah kejayaan perniagaan itu sendiri.
Sebabnya ialah usahawan tersebut telah tersasar dari impiannya
apabila sudah berjaya.  Bagaimana pula yang gagal sebelum berjaya?

Saya terfikir, mungkin salah satu ciri-ciri utama usahawan-usahawan
yang berjaya ialah sesuatu yang tidak boleh diajar melalui cara-cara
tradisi. Ciri-ciri utama yang saya maksudkan itu ialah cara
menghadirkan impian-impian anda sebagai pencetus idea perniagaan.

Saya telah bertemu dengan beberapa orang usahawan dari pelbagai bidang.
Salah seorang daripada mereka saya dapati mempunyai impian yang
melebihi kemampuan latar belakang, pelajaran dan pengalamannya.
Kita boleh memberi nama golongan ini sebagai ” 
Pemburu Impian ”
yang tegar. Golongan jenis ini tidak pernah berhenti dari impikan
impian mereka walau pun dalam apa jua keadaan dan halangan.

Ini bukanlah bermakna mereka tidak mungkin gagal atau mengalami
kekecewaan, tetapi mereka adalah golongan yang akan mencipta impian
yang lain sekiranya impian mereka yang ada itu telah lenyap.
Sikap utama mereka ialah tidak akan membiarkan kekecewaan atau
halangan mematahkan semangat mereka.

Adakah anda seorang Pemburu Impian? Tidakkah anda ingin masuk dalam
golongan seperti mereka-mereka yang mempunyai kemampuan untuk mengadakan
impian melebihi apa yang dibenarkan oleh kemampuan pengalaman ,
sejarah dan persekitaran mereka?

Saya yakin anda mempunyai kemahuan, keghairahan (  passion ) dan
kekuatan untuk terus maju ke hadapan walau pun terpaksa berhadapan
dengan pelbagai kemungkinan.



Sekian, salam usahawan.

No comments:

Post a Comment