Tunggu! kemunculan website group kami! 'www.shamelin.revolusi.com'

Followers

sila tinggal tapak kasut anda!

Hotel Recommended (Horizontally)

Sunday 27 March 2011

Impian & Keajaiban...


Assalammualaikum & salam sejahtera..

Pernahkah anda mendengar mengenai Impian dan Keajaiban ?

Sekiranya anda bertanya kepada usahawan-usahawan yang berjaya dan
jujur mengenai bagaimana mereka mencapai kejayaan, mereka akan
memberitahu anda bahawa kejayaan mereka adalah kerana keghairahan
atau passion mereka dan juga nasib.

Saya tidak berapa suka sangat menggunakan perkataan ’ nasib ’ ,
saya lebih gemar menggunakan perkataan keajaiban. 


Bagi saya, keajaiban adalah sesuatu yang tidak pernah kita
jangkakan kemunculannya. Kemunculannya pula kerana ada sebab-sebab
tertentu. Salah satu sebabnya ialah kerana ada usaha gigih seseorang itu.
Nasib atau keajaiban sahaja tanpa sifat keghairahan dalam melakukan
sesuatu untuk berjaya tidak akan membawa kita jauh kehadapan.

Namun sifat keghairahan dalam diri semata-mata tanpa sedikit
nasib yang menyebelahi kita iaitu keajaiban bantuan dariNya
mungkin menyebabkan kita gagal untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Anda mungkin bertanya,
’ Bagaimana dengan kaum-kaum yang tidak percaya pada Tuhan? ’,
tetapi tetap berjaya dalam dunia perniagaan.

Jawapan saya,
’ Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ’.

Fikirkan 
Firman Tuhan dalam Surah Ar R’ad Ayat 11:
” .....Allah sekali-kali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
itu selagi kaum itu tidak mengubah apa yang ada dalam diri mereka....”.

Kaum yang berusaha mengubah keadaan mereka tidak kira siapa pun,
akan mendapat ganjarannya.

Kita memerlukan kedua-duanya. Hal ini berlaku kepada diri saya.
Bagaimanakah kita boleh mendapat keajaiban pertolongan Tuhan sekiranya
kita awal-awal lagi tidak mahu berusaha kearah mengubah nasib kita?

Saya telah ditemukan dengan seorang mentor tanpa diduga.
Namun begitu, bukanlah keajaiban itu seperti sesuatu yang turun dari langit.
Ianya mestilah dituruti dengan usaha yang gigih.

bagaimana mengenali potensi diri anda yang sedia ada dan
bagaimana untuk membongkarkannya.
jumpa kami bersama Dato' Adzmie "Usahawan Berjaya" di Hotel Sri Malaysia
pada 16/4/2011 jumpa anda di sana!!!

hubungi kami:-
Dato' Adzmie-016-2106424
Halim-013-9320212
Kamarudin-013-9105805
Mat Ali-019-3770883

No comments:

Post a Comment