Tunggu! kemunculan website group kami! 'www.shamelin.revolusi.com'

Followers

sila tinggal tapak kasut anda!

Hotel Recommended (Horizontally)

Friday 29 April 2011

Inilah Masalah Terbesar Orang Melayu!

Keegoan mengatasi tuntutan menuntut ilmu. Inilah masalah terbesar yang dihadapi oleh golongan besar orang melayu. Maaf jika saya katakan, Dasar Ekonomi Baru tidak mencapai matlamat yang optimum adalah disebabkan sikap orang Melayu itu sendiri. Inilah nasib Melayu di bumi sendiri.


Orang Melayu harus sedar, merekalah tuan di bumi merdeka ini, tetapi disebabkan keselesaan dan berada di zon selesa sekian lama menjadikan mereka alpa & hanyut dengan tuntutan arus perdana. Apabila harga minyak dan barangan runcit dinaikkan, mulalah segelintir golongan ini membuat onar menyalahkan kerajaan. Walhal, ini semua adalah hasil dari kelemahan mereka sendiri.


Jika mereka berusaha keras dan pandai menguruskan kewangan, Insya Allah mereka tidak akan merasai terjejas kesan kenaikan harga petrol dan beberapa barangan runcit.

Sedarlah Kesilapan Kita yang Lalu Sedarlah wahai bangsa ku, kita pernah maju malah termaju di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi kenapa kita tumbang? Cubalah kaji semula sejarah bangsa kita yang pernah menjadi idola suatu ketika dulu. Perbetulkan landasan kita dan matlamat kita. Janganlah kita beranggapan pandai buat duit bererti kita sudah berjaya. Hakikatnya, bagaimana untuk menguruskan pendapatan dan kekayaan kita supaya ianya menjadi satu legasi untuk dinikmati oleh seluruh keturunan kita khususnya dan bangsa Melayu umumnya.

Syarikat 100% Bumiputera dimiliki oleh KOPERASI SHAMELIN BERHAD (Koperasi yang KEDUA Terbesar Di Malaysia) yang ditubuhkan pada 13 April 1971, membangunkanTaman Shamelin Perkasa,Cheras, terbabit dalan perniagaan kredit, pembangunan, perladangan dan peruncitan. Nilai aset lebih daripada RM160juta.

Pada awal tahun 80an, SHAMELIN telah memulakan projek pembangunan Taman Shamelin Perkasa di atas sebidang tanah milik sendiri seluas 135 ekar di Cheras, Kuala Lumpur yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman, perdagangan dan perkilangan. Kejayaan projek ini telah melonjak SHAMELIN jauh di dalam arus perdana kegiatan ekonomi.
SHAMELIN BINA SDN. BHD.

Ditubuhkan pada Mei 2008,Shamelin Bina merupakan syarikat jualan langsung tempatan yang dimiliki sepenuhnya oleh salah satu antara 20 Koperasi terbaik di Malaysia iaitu Koperasi Shamelin Berhad. Dengan menengahkan Jus Manggis sebagai produk utama, Shamelin Bina telah pun mencipta satu gelombang di dalam industri jualan langsung tempatan dimana penggunaan produk Jus Manggis dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik.

Syarikat juga telah melahirkan Jutawan jualan langsung dalam masa yang singkat melalui pelan pemasaran yang terbukti berkesan. Melalui program Shamelin Busines School yang telah direka khusus untuk memberi latihan dan pembangunan yang komprehensif dalam menjadikan insan biasa kepada luar biasa. Shamelin Bina melaburkan jutaan ringgit setahun bagi tujuan pembangunan dan latihan pengedar-pengedar. Selepas 2 tahun beroperasi, Shamelin Bina telahpun menembusi pasaran global, bermula dengan Brunei, Indonesia dan terbaru Thailand.

marilah bersama-sama dengan koperasi shamelin merupakan 100% syarikat bumiputra untuk menjana ekonomi kaum melayu yang kukuh dan kuat sekarang hingga 2020 nanti....insyallah

No comments:

Post a Comment