Tunggu! kemunculan website group kami! 'www.shamelin.revolusi.com'

Followers

sila tinggal tapak kasut anda!

Hotel Recommended (Horizontally)

Friday 15 April 2011

Adakah Anda Mempunyai Keghairahan?

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Apa yang anda ingin lakukan dalam hidup anda seterusnya?
Adakah anda telah berjaya menemui impian anda?. Adakah anda telah
memulakan tindakan-tindakan untuk merealisasikan impian anda?.
Apa lagi yang anda perlukan untuk mencapai kejayaan?

Salah satu ciri-ciri utama 
usahawan yang berjaya ialah keghairahan
mereka terhadap sesuatu perkara termasuklah perniagaan yang mereka
jalankan. Keghairahan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan
dorongan yang amat kuat dalam diri seorang usahawan itu untuk
meneruskan segala usaha dan melawan segala halangan untuk mencapai
kejayaan dalam mengejar impian untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Untuk hidup dalam kehidupan ” Cara Hidup Berlandaskan Keghairahan ”,
anda tidak memerlukan ’ Resume ’. Tiada Pra-kelayakkan diperlukan,
hanyalah keistimewaan-keistimewaan semula jadi anda,
kemahiran-kemahiran anda dan minat-minat anda.

Ketiadaan pendidikan secara formal atau pun ijazah-ijazah tidak
akan menyisihkan anda selagi anda ada kemahuan untuk belajar.
Keinginan anda adalah ’ Resume ’ yang 
anda akan perlukan.
Sebenarnya, tiada ijazah diperlukan untuk apa yang anda buat
secara semula jadi. Jangan salah anggap dengan kenyataan ini.
Sekiranya anda mempunyai ijazah dan pengalaman tertentu,
itu adalah lebih baik tetapi jangan jadikan ketiadaan semua itu
sebagai sebab untuk anda undur diri.

Keupayaan anda untuk menghasilkan kejayaan-kejayaan yang anda
janjikan melalui keghairahan anda juga merupakan pengesahan dan
pensijilan yang dilihat oleh orang lain. Bagaimana anda boleh
menemui jenis perniagaan yang akan menyalakan api keghairahan
yang marak dalam diri anda dan akan menyebabkan ianya terus
menyala untuk satu jangka masa yang lama?



Sekian, salam usahawan

No comments:

Post a Comment