Tunggu! kemunculan website group kami! 'www.shamelin.revolusi.com'

Followers

sila tinggal tapak kasut anda!

Hotel Recommended (Horizontally)

Sunday 20 March 2011

Revolusi Shamelin di Terengganu



Salam hormat sahabat
saya memang amat cerewet apabila mencari guru.
Saya suka guru yang walk the talk. Mereka MESTI sudah berjaya
dalam apa jua yang mereka lakukan sebelum nak mengajar orang lain.

sekarang banyak sangat guru wannabe... dan sering kali yang jadi mangsa ialah mereka yang newbie (orang baru). Mereka bersemangat nak belajar tapi bila kena dengan guru wannabe, ramai yang putus asa. Kesian betul!

Di mana ye....?
guru yg hebat...?
guru yg ikhlas...?
guru yg jujur....?
guru yg tidak pentingkan diri....?
guru yg mahu anak didiknya berjaya....?
guru yg sanggup berkorban apa saja....?

kenapa ye...?

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada kita? Ia adalah untuk membuat kita sedar potensi diri kita. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk kita membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri kita. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah.

Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah, membina hidup yang senang.

Jika Anda lihat hidup Anda selama ini, masalah sebenarnya bersifat sementara. Masalah wujud untuk membuat Anda berubah. Maka berubahlah!

Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda untuk Anda berubah. Bila Anda dilanda masalah, katakan pada diri Anda, “inilah masa untuk aku berubah, aku kena berubah!” Panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda merasa ada ‘thrill’ untuk menyelesaikannya, bukan terbeban olehnya. Anda kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.

Masalah tak akan selesai jika Anda gunakan cara lama. Anda kena cari kaedah baru. Anda kena rangka strategi baru. Di sinilah Anda akan jumpa idea-idea baru dan cara-cara baru. Anda kena ubah semua itu.

Bila Anda laksanakan idea-idea baru dan cara-cara baru yang Anda jumpa tadi, kesannya Anda berubah tanpa Anda sedari. Anda akan berjaya menerobos sempadan diri.

Apabila Anda dah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dalam hidup Anda, Anda akan berjaya mengubah diri Anda kepada sikap baru, attitude baru tanpa Anda sedari. Anggap masalah sebagai cabaran, panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda ada motivasi untuk menyelesaikannya.







No comments:

Post a Comment